webOS Re:Program Baharu
Setiap tahun TV baharu selama 5 tahun
Ikuti perkembangan terkini dengan ciri dan teknologi berguna melalui 4 peningkatan webOS yang dijanjikan selama 5 tahun.
Bersedia untuk alami dunia warna yang lebih tepat, lebih hidup dan lebih memukau — semuanya bermula di sini.
Teknologi warna terkini dari LG dengan julat warna luas menggantikan Quantum Dot — hasilkan kadar penghasilan warna yang lebih tepat, terang dan mengagumkan.
MiniLED yang dikuasakan oleh pemproses AI α baharu memberikan kontras yang sangat tajam dan perincian yang realistik pada LG QNED evo.
Enjin AI dalam pemproses ini bijak mengenal pasti jenis kandungan yang anda tonton. Ia akan laraskan kualiti gambar secara automatik untuk hasilkan paparan yang lebih jelas, dalam, dan penuh perincian.
Dengan AI Super Upscaling dan Dynamic Tone Mapping Pro, setiap elemen dalam bingkai dianalisis untuk tingkatkan resolusi, kecerahan, kedalaman dan ketajaman gambar — menjadikan setiap paparan lebih realistik dan memukau.
Lengkapkan pengalaman AI anda dengan AI Magic Remote yang ada butang khas AI
Kawal TV dengan lebih mudah tanpa perlu alat tambahan! AI Magic Remote ini dilengkapi sensor gerakan dan roda skrol — hanya arahkan dan klik seperti guna ‘air mouse’, atau cakap terus untuk arahan suara.
LG AI Voice ID kenal suara unik setiap pengguna dan terus beri cadangan yang sesuai sebaik sahaja anda bersuara.
Berinteraksi terus dengan AI Chatbot guna AI Magic Remote. Tanya apa saja – dari cara setting TV hingga masalah teknikal. AI akan faham apa yang anda perlukan dan terus beri penyelesaian serta‑merta.
Algoritma pintar akan belajar citarasa anda dengan menilai 1.6 bilion kemungkinan gambar. Berdasarkan pilihan anda, TV akan hasilkan tetapan paparan yang disesuaikan khas untuk anda.
Tanya apa saja pada TV anda. AI terbina dalam akan kenal suara anda dan berikan cadangan yang tepat ikut permintaan.
Nak lebih maklumat? Hasil tambahan dan jawapan juga boleh didapati melalui integrasi dengan Microsoft Copilot.
Tekan butang AI sekali saja pada remote untuk akses AI Concierge — ia akan beri cadangan dan kata kunci khas yang disesuaikan ikut sejarah carian dan tontonan anda.
Pilih jenis bunyi yang anda suka daripada beberapa klip audio yang disediakan. Berdasarkan 40 juta parameter, AI akan hasilkan profil bunyi khas yang dioptimumkan ikut citarasa anda.
Ikuti perkembangan terkini dengan ciri dan teknologi berguna melalui 4 peningkatan webOS yang dijanjikan selama 5 tahun.
AI betulkan nada secara tepat untuk pastikan setiap dialog dan bunyi lebih jelas dan sedap didengar.
Hanya guna TV LG anda — AI akan cipta pengalaman bunyi seolah‑olah datang dari sekeliling, macam speaker 9.1.2 channel.
Pemproses AI naik taraf kekuatan bunyi TV – lebih bertenaga, lebih immersive, terus terasa!
Nikmati kawalan bunyi yang lebih mudah dan lancar terus dari skrin TV anda, tanpa perlu buka menu atau guna alat tambahan.
Tonton filem, sukan dan game kegemaran anda dengan skrin gergasi LG Ultra Big TV. Rasai pengalaman tontonan skala besar dengan resolusi tinggi yang luar biasa.
Rekaan ultra nipis yang moden dan elegan, menambah sentuhan mewah dalam ruang kediaman anda.
Manfaatkan sepenuhnya TV anda dengan fungsi Multi View — cerminkan skrin peranti anda melalui Google Cast dan AirPlay, serta belah skrin kepada dua paparan berbeza untuk pengalaman hiburan dua dalam satu yang lancar.
Nikmati pengalaman gaming maksimum dengan 144Hz VRR dan AMD FreeSync Premium. Bermain tanpa lag, tanpa blur — hanya aksi pantas dan lancar yang mantap setiap masa.
Alami tontonan seperti di pawagam, tepat seperti yang dihasratkan pengarah — dengan Dolby Vision dan FILMMAKER MODE yang disertakan Ambient Light Compensation, visual akan dilaras ikut pencahayaan sekeliling dan kekalkan paparan dalam bentuk asal sebenar.
RM135/month
RM68/month -50%
Nikmati diskaun 50% selama 9 bulan.
RM200/month
RM100/month -50%
Nikmati diskaun 50% selama 9 bulan.
