612L French Door Fridge with InstaView & Water Dispenser in White Glass Finish

Reka bentuk segar, inovasi segar

Akses mudah

InstaView™ – Ketuk Dua Kali, Terus Nampak Dalam

Dengan hanya dua ketukan pada pintu InstaView™ yang direka semula, anda boleh lihat isi dalam peti sejuk tanpa perlu buka pintu — lebih jimat tenaga, lebih mudah!

Ruang Peti Sejuk Lebih Luas

Simpan Lebih Banyak, Tanpa Semak Dapur

Rekaan storan baru memberikan kapasiti lebih besar untuk simpan barang dapur dengan lebih teratur — tak perlu risau lagi ruang sempit atau makanan bertindih.

Kekalkan Rasa & Nutrisi Lebih Lama

LinearCooling™ – Kesegaran Seperti Baru Dipetik

Teknologi LinearCooling™ mengurangkan turun naik suhu dalam peti sejuk, memastikan makanan kekal segar dan berperisa sehingga 7 hari.

Kesegaran

Memelihara kesegaran alam semula jadi

Teknologi penyejukan termaju peti sejuk French-door premium baharu memastikan hasil anda pada kesegaran puncak.

Minuman Lebih Cepat Dingin, Makanan Kekal Segar

DoorCooling⁺™ – Sejuk Lebih Cepat & Sekata

Teknologi DoorCooling⁺™ menyejukkan ruang peti sejuk dengan lebih cepat dan sekata, termasuk bahagian tepi pintu — jadi semua isi dalam sejuk sama rata.

Simpan Daging, Ikan & Sayur pada Suhu Yang Tepat

Dengan FRESHConverter+™, anda boleh laraskan suhu khas mengikut jenis makanan — pastikan kesegaran maksimum untuk daging, ikan atau sayur-sayuran.

Simpan Pelbagai Bahan Secara Berasingan

Sayur, rempah & sos – semua ada tempat khasnya

Peti sejuk French Door LG dilengkapi dengan Fresh Tray yang fleksibel – boleh digantung di bawah rak, diletakkan di atas rak, atau disusun dalam laci.
Rekaan ini bantu anda simpan bahan dengan lebih teratur, bersih dan kekal segar lebih lama.

Hygiene Fresh+™ – Udara Bersih, Makanan Lebih Segar

Kurangkan Bakteria & Bau Tak Menyenangkan

Teknologi Hygiene Fresh+™ menapis udara dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran, sekaligus mengurangkan sehingga 99.999% bakteria dan menghapuskan bau tidak menyenangkan — makanan kekal segar lebih lama.

Auto Ice Maker – Ais Banyak Tanpa Sambungan Paip

Tak perlu paip air, tak perlu susah hati. Fungsi Auto Ice Maker membekukan air dan simpan ais secara automatik — mudah, cepat dan jimat masa untuk anda dan seisi rumah.

LG ThinQ® – Kawal Peti Sejuk Dari Mana-Mana

Sentiasa Sejuk, Sentiasa Terkawal
Dengan LG ThinQ®, anda boleh pantau dan kawal peti sejuk terus dari telefon. Pembantu rumah pintar ini beri solusi bijak untuk memudahkan urusan harian — lebih selesa, lebih tenang.

Masa Untuk Cuci – Lebih Mudah

Cuci Peti Sejuk Tanpa Cabut Plug atau Bunyi Alarm

Nikmati proses pembersihan yang lebih mudah — tak perlu tutup suis atau risau alarm berbunyi. Bersihkan bila-bila masa dengan tenang.

Rental

5 Years Regular Visits (24 months)

RM180/month

RM90/month -50%

 

Nikmati diskaun 50% selama 9 bulan.